Wednesday 16 October 2019

Apa itu Indeks Harga Pengguna (IHP) atau Lebih Dikenali Sebagai "Inflasi"

Indeks Harga Pengguna atau lebih dikenali sebagai INFLASI adalah salah satu kayu ukur untuk penentuan ekonomi negara. Ada 3 kayu ukur untuk tentukan sesebuah negara itu stabil ataupun tidak.

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  • Kadar Pengangguran
  • Inflasi.




Apa tu Inflasi?

Inflasi ni satu petunjuk yang kita guna untuk menunjukkan peratus perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang DIBELI OLEH PENGGUNA (item yang dibeli oleh pengguna tu dapat dari Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah yang dijalankan pada tahun 2016). Perubahan harga diukur dengan membandingkan harga barangan dan perkhidmatan bagi tempoh rujukan yang ditetapkan. Inflasi dikira pada peringkat Malaysia dan juga dipecahkan kepada semua negeri.

Ia diukur menggunakan "bakul" tetapan barangan dan perkhidmatan. Barangan dan perkhidmatan yang diliputi dalam "bakul" tu dikelaskan berpandu kepada United Nations "Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)" dalam dua belas kumpulan :

  1. Makanan & Minuman Bukan Alkohol
  2. Minuman Alkohol & Tembakau
  3. Pakaian dan Kasut
  4. Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain
  5. Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah
  6. Kesihatan
  7. Pengangkutan
  8. Komunikasi
  9. Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan
  10. Pendidikan 
  11. Restoren & Hotel
  12. Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan
Macam mana nak kira Inflasi?


cara mengira inflasi adalah dengan megira pertumbuhan mata indeks tahun sebelum pada bulan yang sama. Contoh nya kita guna mata indeks Ogos 2018 dan Ogos 2019.

121.8-120.0  * 100 = 1.5%
      120.0




Note: Cara untuk mengira mata indeks akan diterangkan pada blog yang berikutnya.

Kalau nak gunakan bahasa senang guna figure inflasi 1.5% sama dengan kalau bulan Ogos 2018 kita beli roti harga RM100, Ogos 2019 kita beli roti harga RM101.50.

Sapa yang keluarkan data inflasi?

Jabatan Perangkaan Malaysia badan kerajaan yang keluarkan data inflasi pada tiap-tiap bulan. Jadi mereka ni lah yang tiap-tiap bulan kutip harga kat pasar, kilang, restoren, hotel dan banyak lagi tempat.

Semua data yang ni boleh dapat dalam website dosm.gov.my


























FAQ INDEKS HARGA PENGGUNA MAC 2020

APAKAH INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP) IHP adalah ukuran perubahan harga dari masa ke masa bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan tetap ...