Tuesday 28 January 2020

Prestasi Indeks Harga Pengguna bagi Disember 2019

Indeks Harga Pengguna bagi Disember 2019
Tahun Asas (2010=100)

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.0 peratus pada Disember 2019 kepada 122.3 berbanding 121.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.4%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.7%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.7%), Pendidikan (1.7%), Komunikasi (1.5%), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.4%) dan Kesihatan (1.4%)

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding November 2019. Peningkatan ini disokong terutamanya oleh Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.5%) dan Restoran & Hotel (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi suku tahun keempat 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.1 berbanding 120.9 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya. Bagi perbandingan suku tahunan, IHP meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun ketiga 2019.

IHP bagi tahun 2019 mencatatkan peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.



















Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.5%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.4%) dan Johor (1.1%) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional        1.0 peratus pada Disember 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.















Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Johor (2.5%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.1%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.1%) iaitu melebihi paras nasional 1.7 peratus bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada Disember 2019.

Monday 6 January 2020

Prestasi Indeks Harga Pengguna bagi November 2019


Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi November 2019 
Tahun Asas (2010=100)

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 0.9 peratus pada November 2019 kepada 122.1 berbanding 121.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.5%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (1.7%), Pendidikan (1.6%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.5%), Komunikasi (1.5%) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.5%). (Carta 1)

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.1 peratus berbanding Oktober 2019. Ia telah disokong terutamanya oleh Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (0.4%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (0.4%) dan Kesihatan (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga November 2019 mencatatkan peningkatan
0.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

















Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.4%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.3%) dan Pulau Pinang (1.1%) menunjukkan kenaikan melepasi paras
IHP nasional 0.9
peratus pada November 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Sementara itu, Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.0%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.9%), Pulau Pinang (1.9%), Perak (1.8%), Johor (1.8%) dan Kedah & Perlis (1.6%) melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan November 2019.






Cara untuk mengira MATA INDEKS


Seperti yang telah diterangkan pada blog sebelum ni, terdapat 6 cara untuk mengira mata indeks iaitu Laspeyres, Paashe, Fisher, Lowe, Tornqvist, dan Walsh. Bagi DOSM, mereka menggunakan Laspeyres untuk mengira mata indeks


Dibawah akan diterangkan beberapa kaedah yang digunakan untuk mengira mata Indeks Harga Pengguna. Indeks ini biasanya akan didarabkan sebanyak 1000 supaya indeks tempoh asas akan sama dengan 100

Pada kali ini, saya akan menerangkan hanya 3 kaedah untuk mengira mata indeks dan 3 kaedah lagi akan diterangkan pada masa akan datang.


1. Laspeyres

Kebanyakan negara biasanya menggunakan indeks Laspeyres, tetapi pengiraan sebenar mungkin berbeza kerana harga tempoh asas dan data kuantiti / perbelanjaan direkodkan pada masa yang sedikit berbeza. Kaedah konvensional lebih terperinci diterangkan sebagai indeks Lowe (dijelaskan kemudian) bahawa sama ada menyesuaikan atau rapat dengan indeks Laspeyres.






Dimana:

 adalah harga item i pada masa 0 (tempoh asas)
 adalah harga item i pada masa t
adalah kuantiti yang digunakan dalam item i pada masa 0


Alternatif formula lain untuk indeks Laspeyres adalah seperti berikut:








Dimana  adalah tahap perbelanjaan item i pada masa 0

Satu kelebihan indeks Laspeyres adalah bahawa ia agak mudah untuk mendapatkan angka yang tepat pada masanya. Sekiranya anda sudah mempunyai harga dan pemberat untuk tempoh asas, anda hanya perlu memilih harga untuk tempoh siasatan. Untuk kebanyakan indeks lain, anda memerlukan kedua-dua harga dan pemberat untuk pengemaskinian tempoh tersebut.


2. Paasche

IHP yang dikira melalui indeks Paasche membantu memberi gambaran mengenai kos bagi 'bakul' hari ini yang dikenakan pada harga semalam.







Dimana


   adalah harga item i pada masa 0 (tempoh asas)
   adalah harga item i pada masa t
  adalah kuantiti yang diambil dari item i pada masa t

Alternatif formula lain untuk indeks Paasche adalah seperti berikut:



Dimana adalah tahap perbelanjaan item pada masa t


3. Fisher

Indeks Fisher dikira dengan mengambil purata geometrik indeks Laspeyres dan Paasche:





Indeks Fisher membantu mengatasi masalah Bias Penggantian Item.

Apa itu Bias Penggantian Item?

Katakan kenaikan harga untuk sesuatu barang yang mempunyai pemberat yang tinggi dan harga tersebut sama dengan harga barang yang mempunyai pemberat yang rendah. Sekiranya pengguna menggantikan barang yang pertama dengan barang yang kedua, anggaran inflasi keseluruhan akan menjadi tinggi jika indeks Laspeyres digunakan. 

Ini adalah contoh penggantian item yang berat sebelah.

Kaedah Laspeyres akan over-estimate kepada harga umum manakala kaedah Paasche akan under-estimate keada harga umum.













Sumber jadual dan graf:
OECD Seminar 2005, Inflation Measures: too high – too low – internationally comparable?  Measurement Issues in the New Zealand Consumers Price Index.
http://www.oecd.org/dataoecd/4/32/35081389.pdf




FAQ INDEKS HARGA PENGGUNA MAC 2020

APAKAH INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP) IHP adalah ukuran perubahan harga dari masa ke masa bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan tetap ...