Monday 6 January 2020

Prestasi Indeks Harga Pengguna bagi November 2019


Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi November 2019 
Tahun Asas (2010=100)

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 0.9 peratus pada November 2019 kepada 122.1 berbanding 121.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.5%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (1.7%), Pendidikan (1.6%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.5%), Komunikasi (1.5%) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (1.5%). (Carta 1)

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.1 peratus berbanding Oktober 2019. Ia telah disokong terutamanya oleh Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (0.4%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (0.4%) dan Kesihatan (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga November 2019 mencatatkan peningkatan
0.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

















Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.4%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.3%) dan Pulau Pinang (1.1%) menunjukkan kenaikan melepasi paras
IHP nasional 0.9
peratus pada November 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Sementara itu, Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.0%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.9%), Pulau Pinang (1.9%), Perak (1.8%), Johor (1.8%) dan Kedah & Perlis (1.6%) melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan November 2019.






No comments:

Post a Comment

FAQ INDEKS HARGA PENGGUNA MAC 2020

APAKAH INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP) IHP adalah ukuran perubahan harga dari masa ke masa bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan tetap ...